Sepanjang kita hidup tidak terkira insan2 yang pernah hadir dalam hidup kita. Ada yang hadirnya hanya seketika, datang dan pergi begitu sahaja tanpa terkesan apa2 dalam hati dan mungkin tidak terperasan pun kehadiran kita. Mungkin begitu juga dengan dia.
Ada pula yang datang dan begitu setia dengan kita. tapi kita xrasa apa pun kepentingan dia untuk terus bersama kita. Sehinggalah dia pergi buat selama-lamanya. Pada masa itu baru kita perasan kebaikan yang pernah dia buat untuk kita.
Ada insan yang sentiasa disisi kita, di saat susah dan senang dia sentiasa disisi kita. Namun bagi kita dia tidak lebih dari tempat untuk meluahkan perasaan. Tempat kita cari apabila menghadapi masalah tapi disaat kita bahagia kita seakan-akan lupa akan kewujudan dia. Mungkin dia pernah makan hati dengan sikap kita. Namun, dihadapan kita dia menyembunyikan perasaan itu sebaik mungkin.
Ada pula hadirnya insan di dalam hidup kita berbeza dengan apa yang kita duga. Mungkin kita rasa dekat dengan dia tapi dalam hati dia kita xtahu dia mungkin rimas dengan kita. Kadang kala kita dapat capai dan genggam tangan dia tapi belum tentu hati dia dapat kita selami.
kadangkala kita dapat melihat dia senyum dan ketawa tapi kita xtahu apa makna disebalik senyuman dia. Mungkin dia xsuka berkongsi duka dengan sesiapa atau mungkin juga dia xpercayakan kita.
Kadangkala kita sendiri xsedar yang kita telah menjadi sahabat baik kepada dia tapi secara tiba2 tanpa sebarang sebab kita ditinggalkan. Kadang2 kita langsung xpham dan tertanya2 kenapa kita ditinggalkan? Terasa sudah xpercayakan sesiapa pun, ingin hidup sendiri, berdikari dan xmahu bergantung pada sesiapa lagi.
Tanpa kita duga, ada pula insan yang sebelum ini pernah singgah dalam hidup kita kembali semula ke pangkuan kita. Mungkin kita dapat terima dia dengan senang hati dan mungkin kita xdpat terimanya kerana kita sememangnya xpernah memaafkan dia. Dalam hati kita bertanya, kenapa baru sekarang? kenapa xsuatu masa dulu? kenapa xsemasa memerlukan seseorang untuk kita sandarkan harapan.
Begitulah rencah kehidupan, kita tidak akan tahu siapa lawan dan siapa kawan sehingga pada satu masa kita jatuh. Adakah tangan yang akan menghulurkan bantuan atau kita akan ditinggalkan. Kita xperlu memikirkan tangan mana yang akan menghulurkan bantuan dan tangan mana yang berpeluk tubuh dan meninggalkan kita disaat kita sangat2 memerlukan. Apabila kita benar2 ikhlas menghulurkan tangan kepada yang memerlukan pasti ada tangan lain yang menghulur disaat kita memerlukan biarpun tangan itu bukanlah tangan yang pernah kita bantu.
Bersikap ikhlaslah tanpa mengharapkan apa2 balasan dari manusia. Berharaplah hanya untuk mendapat keredhaanNya.
ps : copy paste from sitikussitilipan.blogspot.com
No comments:
Post a Comment